17 December 2012

mechyFEST 2012




salam readers,
disebabkan merupakan week yang busy..
baru sekarang aku nak update pasal mechyfest 2012 ni..
mechyFest ni julung-julung kalinya diadakan secara besar-besaran anjuran
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan pembuatan...
dan aku merupakan salah sorang AJK pelaksana mechyFEST ni...
program ni berlangsung selama 3 hari dari 6-8/12/12..
ohoiii..penat seyh....
program ni adalah program ilmiah untuk semua student secara am nya dan
student mekanikal secara khususnya...
program ni banyak seminar yang kita tak belajar dalam kelas...
bagus seminar ni sebenarnye..tp dah kate pun seminar..
student tak tertarik walhal ilmu yang diberi semasa seminar tersebut amat penting..
selain seminar,pertandingan untuk subjek pun ade...
contohnye pertandingan pemindahan haba..terserlah segala ke kreatifan meraka melalui pertandingan ni...
setipa kumpulan diberi satu container, dorang mesti balut container tu gune natural fiber..
kami masukkan air panas dalam container tersebut,klu haba yang keluar dari container tu sedikit,
maka..kumpulan tu la yang menang..
ade juga simulasi gerai untuk subjek keusahawanan,pameran amalan kejuruteraan , pameran creative and innovative..semua melibatkan pelajar mekanikal...



the overall poster


urusetia bersama koordinator dan dekan


the pluge
custom made by mechanical staff
nice kan...



thanks for reading..=)




No comments: