12 November 2009

ketabahan seorang anak

salam
post kali ni aku nk menceritakan bagaimana seorang anak mengharungi dugaan.
aku harap semua ambil iktibar dari cerita..
cerita benar yang dilalui oleh sahabat a.k.a rumate aku
kisah ni bermula pada hari ahad 8 nov...
dia mendapat panggilan telefon dari akaknya yang mengatakan ayahnya pengsan..
bayangkan pada esok harinya die akan mengambil exam highway klu xsilap aku la...
mlm 2 pertama kali aku melihat dia menangis...
esok ptgnye selepas abis paper trus die berangkat pulang ke kampung halamannya di kota tinggi..
doktor bgtau bahawa ayahnya disyaki mengidap kencing manis,sakit buah pinggang,suspek H1N1,
sesampai dia kt hospital,keadaan ayahnya amat tenat
doktor mengatakan bahawa doktor xdapat berbuat apa2 lg..tggu masa je...
klu aku kt tempat dia..mesti aku da pengsan...
tp ayahnya kuat semangat...
wlupun die sakit,die tetap mengatakan pada anak2nya "korang semua kena kuat semangat,ok"
dan doktor terpaksa menebuk leher ayahnya...sebab buah pinggangnya xdapt berfungsi,
paru2 pun da xberapa elok...
tp Allah menunjukan kekuasaanNya..
doktor mengatakan selapas ditebuk leher pesakit akan koma,tp ayahnya siap mengangkat tgn kt doktor ngan nurse,
selepas ditebuk ayahnya dapat mengangkat tgn..
sebelum itu bdn nya mmg lemah sgt2,tgn pun xblh diangkat...
sekarang dah ok sikit...
doktor menjangkakan ayahnya akan dapat bertahan paling lama sebulan...
pada waktu yang sama ayahnya dimasukkan hospital,
ibunya juga dimasukkan ke hospital di JB untuk pembedahan,
doktor mengatakan sewaktu pembedahan dijalan dan penyakit merebak dan terkena pada saraf tunjang,
kemungkinan besar ibunya akan lumpuh seluruh badan,dan jika merebak sehingga ke otak kemungkinan akan meninggal dunia..
Allah juga menunjukkan kekuasaanNya sekali lagi..
ibunya selamat menjalani pembedahan,
bayangkan betapa berat dugaan yang perlu ditempuhinya...
dalam masa menjaga kedua2 ibu dan ayahnya yang berlainan hospital,
tido sejam,dia membaca buku time org semua syahid seketika,
betapa kuat dirinya untuk menimba ilmu wlupun dugaan sedang menimpa diri...
dan hari ini dia akan mengambil exam hidrologi...
kita selalu mengeluh dengan dugaan yg kecil..
tp sampai je di blik dia memberi senyuman dan gelak tawa
tiada langsung riak wajah yg murung,wlupun dugaan datang bergolek...
tp senyuman yg diberikan..betapa tabah insan itu...
marilah kita doakan kesejahteraan ibu dan ayah insan tersebut


p/s:dia/insan merujuk kepada norahmaniah mustafa...paru2 ayahnya xberapa elok kerana dulu ayahnya heavy smoker...so kepada yg merokok..igtlah org yang tersayang..



No comments: