15 September 2008

Tanggal 13 September 2008

pada 12 september yang lepas.. izzah dan rakan yang lain telah bertolak ke rompin pahang...tempat yang kami tuju adalah felda selancar 1 dan kg perwira jaya... kami bertolak dari Universiti Tun Hussein Onn selepas solat jumaat..smpi di ayer hitam kira2 dalam pukul 2.45 ptg..terus amik bas ke segamat...smpai di segamat dalam pukul 5.30 ptg..singgah solat asar dulu..tepat 6.00 ptg kami menaiki bas untuk ke felda selancar 1 dan kg perwira jaya...kami tiba disana pada pukul 6.30 ptg...

sesampai disana...Abg Shamsudin bin Masri merangkap abg angkat izzah datang ambik kat bus stop depan padang..nek kereta..kereta baru 2...then sampai kt rumah..wow!!satu keluarga ada kt rumah..meriah sangat..time buka puasa..abis kecoh satu rumah..lagi2 dengan kedatangan kak ina..kak ina ni pn anak angkat mak jugak..abis dengan loya buruk abg din + kak ina..pecah perut org2 kat rumah 2 gelak...seronok....

ok..tanggal  13 september 2008  jatuh pada hari sabtu bersamaan 13 ramadhan...satu cerita lucu berlaku..pada ahri sabtu 2 kami di rumah sibuk menyediakan juadah morei untuk masjid..start cari barang pada pukul 2.30 tpg..barang-barang dibeli di kedai De Mart..dah habis beli barang2...blik la rumah...sesampai jer kat rumah tengok2 anak2 buah abg din da ade kt rumah ngah basuh ayam..abg din ni pengerusi belia kt felda selancar 1...tengah sibuk2 sediakan barang untuk memasak...ade la sorang hamba Allah ni..kununnye nk tgk api dah hidup ke blm...yang die pn bijak pandai pi tgk dekat2..secara tidak langsung..pow!!!meletup...abis mata kene api..mula2 satu rmh cuak tgk die...lepas 2 satu rumah kecoh gelakkan die...bkn  tak kesian...kesian 2 kesian..tp sebab ktorg gelak 2 sebab bulu mata die hilang..hangus terbakar..muka sume ok..cume bulu mata hilang..kesian xde bulu mata..raya orang pakai baju baru..die pakai bulu mata baru...ha3....t bli kena beli bulu mata palsu kt segamat...ha3...igt nk cari blik bulu mata die...da tgk da kt situ...mmg xde bulu mata die...xdapat den nk nolong..sabar ye abg din...ha3...

lepas 2 dia pi wat air untuk berbuka puasa...dia wat air..perghh...xkan ku lupe perasaan ku ketika meminum air 2...rasanyer seperti meminum air gula...manis..mak oi...blh kencing manis sehari minum air yang die wat...pape pn terima kasih diucapkan kepada abg din kerana telah memberi pengalaman minum air yang manis..ha3..


hai bulu mata dimanakah dikau??


terpaksa lah daku menggunakan yang palsu kerana yang original telah meninggalkan daku..


 Pada 14 september 2008..
awal- awal pagi pukul 9 lagi da kuar rumah gi jenjalan..pegi rumah kak liya merangakap adik abg din..mula2 kami pegi rumah kak liya yang berada di selancar 10...sampai di rumah beliau..die takde di rumah...die ade di rumah mak mertuanye...so kami ke rumah mak mertua kak liya yang berada di selancar 2...sembang2....gelak2...men ngan adilla ngan aiman...pas2 kak liya ajak ke rumah org jual2 kerepek..kuih raya...fuhh....sampai sane jer..teruja....mmg best giler..tp xsempat nk try..dorg wat kuih ngan kerepek secara besar2an..then conventional lg...mme teruja abis la...terkesima...maklumla xpnh nampak...hihihi...pas2 belila kerepek kt situ...blik rmh mak mertua kak liya...sambung men ngan adilla..smpai kul 11 kami blik rmh....sbb kul 11.30 pg da nk blik UTHM da...

ni lagi satu cerita...sampai kt rumah...sembang ngan mak sambil msg membe...pas2 mak kate ajak mamber skali nek kete...abg din antar sampai segamat...pas2 izzah gtau la kt member...nek2 kereta..tibe2 abg din xsinggah amik dorg..pulak dah...berenti tengah jalan discuss..rupenye kereta terlebih muatan..nk xnk terpaksa gtau dorg..xjd amik dorg..jmpe kt segamat t..nasib bas belum terlepas lagi..so dorg blh nek bas...sampai kt segamat trus jumpe dorg...trus dapat bas...dan akhirnya sampai di UTHM pada pkul 4.20 ptg...2 la cerita 3 hari di rumah family angkat di rompin pahang..habis kecoh..gamat...dan itu kunjungan kedua ke rompin pahang..selepas bln jun lepas...




10 September 2008

KESILAPAN MUSLIM DALAM BULAN RAMADHAN

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasaIa adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.




7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)





10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu a

maran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di

masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k

esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y

ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.


Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

The signBoarD!!


renung-renungkan lah....
ingin lihat lebih jelas?klik pada gambar

09 September 2008

Revolution..

we need revolution!!!






dari kecil hingga dewasa...semua orang ade prubahan..tidak kira dari aspek apa sekali pun..kt sini ingin saya konsikan satu cerita perubahan yang berlaku pada salah seorang rakan saya semasa di sekolah teknik(identiti dirahsiakan..tuan punya badan jer yang tahu)baru sahaja dapat contact semula dengan dia setelah hampir 2 tahun lost contact..akhirnya dapat jua contact dengan dia..dan perkara yang menggembirakan saya adalah apabila mengetahui dia sudah jauh berubah jika di bandingkan dengan dahulu..baguslah terhadap perubahan itu...perubahan untuk mejadi lebih baik dari dahulu..kalau dulu kat sekolah selalu berlumba berpuasa dengan die masa bulan rejab dengan bulan syaaban..berlumba wat solat sunat...akhirnya kesabaran saya berjaya mengubah kehidupan dia...miss dat time..wlupun dulu org xberapa suka dgn sikap dia..akhirnya dia dapat mengubah sikap itu dengan kehendak dirinya sendiri..Alhamdulillah..



semasa sekolah rendah



semasa sekolah menengah


semasa menjadi pelajar universiti

ini juga merupakan salah satu perubahan yang dilalui oleh saya dan rakan-rakan saya..masa itu emas..masa yang telah berlalu tidak akan kembali..sama seperti perubahan yang telah dilalui..kehidupan zaman kanak-kanak tidak akan kembali semula..seperti di dalam iklan.."zaman dah maju,dunia dah berubah"...dalam kehidupan kita kita memerlukan prubahan..jika tiada prubahan kehidupan kita mundur dan hidup "seperti katak di bawah tempurung"jadi kita amat memerlukan perubahan yang membawa banyak faedah dalam kehidupan kita.bukanlah perubahan yang membawa kepada arus kemunduran..kita tidak memerlukan perubahan sebegitu.apa-apa pun yang berlaku di sekeliling kita sekarng ni merupakan salah satu perubahan sama ada kita secara langsung atau tidak langsung,sedar atau tidak..terpulang kepada diri kita untuk menerima perubahan itu.

materials science??

subjek plg best selain thermodynamics...hahaha..always remember the sentences,"sila rujuk buku smith or callister"..haha3..the explaination bkh bce sendri kt dlm buku..ni pn lum siap lg assigment yg dbg...xphm sgt...nk meniru?xnk..sy xblaja klu meniru...must do it by myself..GO CONFIDENTLY IN THE DIRECTION OF YOUR DREAM.LIVE THE LIFE YOU HAVE IMAGINED-Quote by henry david-and that i'm doing now..actually the subjact is interesting to learn..but if u hate it..u will hate it until u die..so whatever we do although that thing we like or not,we must make that thing interesting..then kite akan lihat bahawa kerja yang susah bile kite jadikan die menarik,the result is wow!!dan kite akan amat berpuas hati dengan ape yang kite dapat..so,berhenti mengeluh dan berusaha untuk mencapai matlamat kite..chaiyo chaiyo!!!!

08 September 2008

HaIKi

very tired with it..xper try to solve it by myself..try to be an independent person..i'll keep the secret..never to tell other person..anyone..whatever i do i 'll take the risk..never babbling...watashi wa minasan ga suki...never hurts anybody although they hurts me..whatever i do,i'll do da best..what i like to do i'll do it..dun care whatever the other people think of it..i'll make my life happy everyday..wonderful life...watashi wa ureshii desu..ok i think u dun no the meaning of haiki right???haiki is japanese word mean exhaust..tired...ok i think i will stop writting for today..hav a lot of assigment to do...i'll post the other story later..see ya...sayonara..

tomodachi-sahabat

sahabat...ape yg anda tahu tentang sahabat...apabila seseorang itu sahabat kite maka die la sahabat die la kawan, die la rakan..tapi apabila seseorang itu kawan atau rakan kite tak semestinyer die 2 sahabat kite sebab seorang sahabat blh menjadi rakan atau kawan tetapi bile seseorang itu kawan..amat susah baginyer untuk menjadi seorang sahabat..dunia sekarang penuh dengan penipuan..amat susah untuk mencari seorang sahabat..kawan yang amat kite percaya on akan tikam belakang kite dalam diam..unutk menjadi baik kepada semua orang mereka akan pijak kepala kite suatu hari nanti..kichigai..teringat lagu kawan yang selalu didendangkan...sungguh indah lirik nya...tetapi di dunia realiti ni amat susuah mencaru sahabat yang seindah dalam lirik lagu 2...sahabat sentiasa bersama kita diwaktu senang dan susah...kawan atau rakan atau teman....renung2kanlah...samaada kite nk jadi seorang sahabat atau sekadar seorang kawan atau rakan..

KaiKi

plik2...apela nk jadi ngan budak zaman sekarang ni...zaman dah maju kehidupan pn dah berubah...btul ke statement 2?perkara yg biasa dianggap luar biasa dan perkara yang luar biasa dianggap biasa...contoh yg plg dekat ngan kite..bile ade bdak yang baik tlg org lain dengan ikhlas nanti akan di kutuk kunun nye tunjuk baik..tapi ble ade bdak berpegang tangan nanti di cakapnyer "ala biasala 2..."ish mcm2...adekah plik bile seorg bdak perempuan rapat dengan bdak lelaki?just friend...bestfriend...kenapa nk pertikai kan bile perempuan rapat ngan laki?bkn couple..just friend..xlebih dari 2...plik...org yg bercouple pd zaman ini kununnyer dah biasa..tp klu kawan tp rapat pn plik ker??ala cam lagu TEMAN TAPI MESRA...kawan 2 lbh bermakna dr bercouple..i think...coz bile kite couple than clash...sape yg kite cari?KAWAN...wlupn kite bercouple klu kite gaduh ngan couple kite... sape yg kite cr?KAWAN...mmgla kawan bergenbira senang dicari..kawan ketika sedih...mmg susah nk jumpe...cube jadi seorg yang jujur dalam persahabatan..kite akan jumper kawan yang mmg kite perlukan ketika sedih dan gembira...xsemestinyer kawan 2 antara perempeuan dengan perempuan..atau lelaki dengan lelaki..kemungkinan perampuan dengan lelaki pn ade juga..so adekah itu pn plik???fikir2kan la...