21 November 2008
end of third sem
15 September 2008
Tanggal 13 September 2008
10 September 2008
KESILAPAN MUSLIM DALAM BULAN RAMADHAN
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu a
maran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di
masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k
esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y
ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
09 September 2008
Revolution..
semasa sekolah rendah
semasa sekolah menengah
semasa menjadi pelajar universiti
ini juga merupakan salah satu perubahan yang dilalui oleh saya dan rakan-rakan saya..masa itu emas..masa yang telah berlalu tidak akan kembali..sama seperti perubahan yang telah dilalui..kehidupan zaman kanak-kanak tidak akan kembali semula..seperti di dalam iklan.."zaman dah maju,dunia dah berubah"...dalam kehidupan kita kita memerlukan prubahan..jika tiada prubahan kehidupan kita mundur dan hidup "seperti katak di bawah tempurung"jadi kita amat memerlukan perubahan yang membawa banyak faedah dalam kehidupan kita.bukanlah perubahan yang membawa kepada arus kemunduran..kita tidak memerlukan perubahan sebegitu.apa-apa pun yang berlaku di sekeliling kita sekarng ni merupakan salah satu perubahan sama ada kita secara langsung atau tidak langsung,sedar atau tidak..terpulang kepada diri kita untuk menerima perubahan itu.
materials science??
08 September 2008
HaIKi
tomodachi-sahabat
KaiKi
23 August 2008
S€r0noTnyER
pas2 g kluar g BP mall....sampai sana tujuan pertama pi mkn kt food junction.lapo la ktekan..pas2 g shopping bli kain tuk bli wat baju kurung..baju melayu..tgh sale la katekan..klu kt tempat sy beratus2 tetiba kt sni puluh jer..igt nk men bowling...tp xsempat...mmg pulun bli kain jer td..yela kne wat dari skrg...t xsiap...yela baju nk berpesen...ssh ckit nk wat...slalu kami beli kain murah jer..tp bile siap jer baju 2 mesti org ingt kami beli baju mahal..padahal... sebenarnye murah jer...tp cara mak menjhit jdkan baju kami cam baju mahal...kami suke wat baju 2 cam baju mahal..padhal kain murah..hehepas2 blik hostel.. nk berpisah ngan family...baru je kjap datang da nk blik..xpe next week nk blik rmh...RMH TGGU KEDATANGAN SAYA..
22 August 2008
benda baru!!
20 August 2008
feelings
19 August 2008
BEAUTY OF MATH
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn't it? And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
Now, take a look at this... 101% From a strictly mathematical viewpoint: What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life? Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:
If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that: While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top! SUBHANALLAH.................... Sesungguhnya tiada suatu pun yang kebetulan, hatta sehelai daun yang berguguran..melainkan semuanya dalam pengetahuan Allah... "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3:191)
ALAM SEMESTA BERBETUK TROMPET
Persoalan tentang bentuk alam semesta atau dalam bahasa saintifiknya 'geometry of the universe' sentiasa menjadi subjek kajian para ahli astronomi dan ahli kosmologi. Dengan bantuan pelbagai alat dengan teknologi terkini, pelbagai teori telah dikemukakan tentang rupa bentuk sebenar alam semesta ini. Adapun dalam menerangkan bentuk alam semesta, para saintis menggunakan dua kaedah iaitu local geometry, berkaitan tentang kelengkungan alam semesta yang mampu dilihat dengan mata atau bantuan teknologi manakala global geometry pula menjelaskan tentang topologi alam semesta secara keseluruhannya.
Terkini, saintis telah mengemukakan satu lagi teori yang menyatakan bahawa alam semesta berbentuk seperti trompet. Bentuk trompet ini atau nama lainnya Picard horn atau Picard topology dapat dijelaskan melalui hyperbolic geometry. Bentuk ini nampak seperti tidak masuk akal, akan tetapi menurut Frank Steiner dari University of Ulm yang mengetuai kumpulan pengkaji dari German, beliau mengatakan bahawa berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, beliau mendapati alam semesta (kosmo) seolah diregangkan menjadi corong yang panjang. Satu bahagian sempit satu bahagian lagi terbuka luas seperti loceng. Dengan kata lain juga, ruang angkasa adalah terbatas.
Teori ini berjaya menyelesaikan dua teka-teki dari pemerhatian yang diperoleh. Salah satunya adalah tentang corak tompok-tompok panas dan sejuk yang dilihat pada cosmic microwave background radiation. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa alam semesta saling tidak ubah seperti alam semesta pada 380,000 tahun selepas kejadian Big Bang. Dengan bantuan WMAP milik NASA, mereka mendapati bahawa corak-corak tersebut terpadam dengan skala yang besar di mana tiada tompok-tompok panas atau sejuk jelas yang melebihi 60 darjah. Berdasarkan fakta ini, Frank Steiner mendakwa bahawa teori yang dikemukan mereka disokong oleh pemerhatian ini.Model ini juga menjawab satu lagi teka-teki yang menjadi persoalan apabila pada tahun 2003, satu kumpulan saintis menyatakan bahawa alam semesta ini terbatas (finite). Kumpulan saintis ini menggunakan model bentuk bola atau spherical universe. Akan tetapi seperti yang telah dijelaskan tadi, model ini tidak menepati data yang diperoleh dari WMAP apabila mereka gagal menemui sebarang imej back-to-back melalui analisis data. Sebaliknya, bentuk trompet yang dikemukakan tidak bercanggah dengan data dari WMAP.
Model ini juga mempunyai satu lagi kelebihan lain. Menurut teori yang konvensional iaitu berbentuk mendatar atau leper, tompok yang paling kecil pada langit mikroglombang (microwave sky) sepatutnya berbentuk bulat, namun hakikatnya tidak begitu. Menurut Steiner, tompok-tompok tersebut sebenarnya mempunyai bentuk sedikit elips. Picard topology menjelaskan keadaan ini. Dalam model tersebut, ruang lengkung angkasa bertindak sebagai kanta yang mengubah imej tompok yang sejak dari dahulu lagi bulat kepada bentuk yang dilihat seperti elips oleh mata kita.Namun yang demikian, para saintis terpaksa meninggalkan salah satu prinsip asas kosmologi yang mengutarakan bahawa seluruh bahagian alam semesta ini secara kasarnya adalah serupa apabila menerima pakai model ini. Menurut Holger Then pula iaitu salah seorang ahli kumpulan pengkaji tersebut,“If one happens to find oneself a long way up the narrow end of the horn, things indeed look very strange, with two very small dimensions.”Apa yang menarik dalam model ini pada bahagian yang paling hujung, seseorang itu dapat melihat belakang kepalanya sendiri!
Dan Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi Dengan (tujuan) Yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. dan bagiNyalah Kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. ia Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. [Al-An’aam : 73]
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu Matilah makhluk-makhluk Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, kecuali sesiapa Yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka Dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). [Az-Zumar : 68]
Di sini bukanlah tujuan saya untuk mencari-cari ayat Al-Qur’an demi membenarkan kandungannya berdasarkan penemuan-penemuan sains seperti di atas. Teori sekali-kali tidak akan mengatasi Hukum. Apatah lagi untuk membenarkan. Al-Qur’an bukan sebuah kitab yang mengajar sains, tapi merupakan kitab yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya seperti ungkapan popular oleh Dr Zakir Naik,“Koran is not a book of science but a book of signs”Penemuan sains melalui pelbagai proses evolusi sebelum hakikat sebenar ditemukan. Sebagai contoh, para cendekiawan Islam dahulu kala sendiri hanya baru mendapati bahawa bumi ini berbentuk sfera setelah kira-kira 830 M. Malah sebelum itu, mereka juga percaya bahawa bumi ini mendatar. Akan tetapi setelah kajian dilakukan, barulah mereka menemui hakikat bahawa bumi ini sebenarnya sfera. Mengapa fakta sains ini tidak terus saja diekstrak dari Al-Qur’an? Mengapa perlu ada kajian sebelum merumuskan fakta yang sedia ada di dalam Al-Qur’an? Sesungguhnya ini adalah tanda yang dimaksudkan oleh Allah seperti firman-Nya:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [Fusshilat : 53]
Cara Allah memberi hidayah ialah dengan kita mencari, bukan hanya bergoyang kaki.Begitu juga cara Allah memperlihatkan kita tanda-tanda-Nya, dengan mencari dan mengkaji.
CINTA VS. SUKA
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku,
jikalau kita melihat orang yang kita suka, kita akan senyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita kan menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi,jikalau kite berhenti menyukai seseorang yang kita suka,umpama kita membuang telinga kita..tapi jika kita cuba menutup mata,cinta berbuah menjadi airmata...setiap org akan mengalami ini dalam hidup mereka...
petikan diambil dari iluvislam.com
CINTA YANG KECICIRAN
Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada...mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia...kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.
18 August 2008
study week
i'm the vice secretatry of the programme MAHASISIWA MASUK KAMPUNG (SISMA) suddenly i had a lot of work....ade org ni(identity di rahsiakan)kate blh wat...tp last2 suh sy yg da wat...ble bgtau pengurusan teruk die salahkan saya..org luar pn nampak sangat pengurusan die messy...tp xnk percaya..pas2 semua kesalahan nk letak kt org lain..eiii...sengal...bak kate pepatah "DAH NAK TERBERAK BARU NAK KOREK LUBANG "biala die...taula cmner klu bekerja ngan die...yg pasti....saya x pergi program 2...keje sume saya da wat...k nk sambung stdy...nek cuti ni trus ade test...
HELLO
hai...hari bermulanye penulisan saya dalam blog ni...saya ni xpndai nk menulis karangan ni byk2...tp insyaAllah saya akan jadikan blog saya ni sebaik mungkin dan menarik...k..let me introduce myself...
actually,my name is izzah mariah...
duk kt clunk selangor..tp blajar kt UTHM(universiti tun hussein onn malaysia)dulu dikenali sebagai KUiTTHO..ramai xtau UTHM tp ble sebut KUiTTHO br dorg tau..always not alert..kt cni amik kejuruteraan mekanikal dan pembbuatan..diplomala...sebenarnye murtad diploma kejuruteraan mekanikal serta pendidikan..huhu im a simple person..patient tp org yg sabar ni jgn dicabar...klu da meletup..tau la...habis sume...byk benda nk gtau...tp ade keje ckit nk kne wat...t kite post kt blog ni len kali